Nuffnang Ads

Friday 24 January 2014

Banyak Naik Harga Daripada Bantu Rakyat… Ini Makna Negara Kebajikan Pembangkang

Sebelum pilihan raya, pakatan pembangkang menjanjikan pelbagai harapan yang bakal dinikmati oleh rakyat sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan namun malangnya, dengan penguasaan tiga buah negeri hari ini pelbagai perkara timbul dengan jani-janji mereka tidak menjadi realiti.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman menganggap bahawa tindakan pembangkang yang hanya pandai menabur janji dan kemudiannya gagal merealitikan adalah bukti terbaik untuk dijadikan penilaian kepada rakyat bagaimana sikap tidak cerdik mereka dalam melakukan perancangan.
“Sebelum mereka dapat mentadbir, macam-macam yang mereka mahu berikan kepada rakyat sehingga pelbagai perkara tak masuk akal pun disebutkan namun apabila mendapat mandat, barulah mereka tahu bahawa bukan mudah untuk menjadi pentadbir sebagaimana menyebut mahu mengurangkan itu ini, memberikan rakyat macam-macam kemudahan dan lain-lain lagi,” katanya kepada UMNO-Online.
kenaikan-gaji-ub-mb-selangor-khalid-peratus
Ujar beliau, dengan pelbagai kenaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tadbiran pembangkang sebagaimana yang ketara di Selangor dan Pulau Pinang, maka tentunya rakyat akan dapat membuat penilaian.
Dilaporkan, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula September lalu atas alasan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak. Lebih teruk di Selangor apabila caj lesen perniagaan naik sehingga 400 peratus, kos mengutip sampah naik 56 peratus, cukai pintu naik 120 peratus selain ada antara rumah PPR yang sewanya juga dinaikkan sehingga 100 peratus.
“Apabila mereka menjadi pentadbir barulah mereka tahu bahawa ada kos bagi membangunkan sebuah negeri bukan sedikit malah ada diantaranya yang terpaksa ditampung dengan jumlah yang sangat tinggi sehinggakan mereka bertindak menaikkan pelbagai cukai dan memberikan beban kepada rakyat.
“Mana kerajaan berkebajikan yang dilaung-laungkan pembangkang sebelum mereka mendapat mandat sedangkan pelbagai agenda yang dilaksanakan hari ini lebih banyak kepada perkara-perkara yang menyusahkan malah lebih teruk apabila pusat pembelajaran kemahiran golongan muda seperti GiatMara pun turut menjadi mangsa.”
Bidas beliau, jika diamati dalam manifesto pembangkang dalam PRU lalu, mereka menjanjikan lakaran masa depan yang cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat selain kerajaan terhasil dengan rundingan daripada segenap lapisan masyarakat.
“Dalam keadaan hari ini, apakah kebajikan rakyat benar-benar terbela sedangkan kata-kata manis yang mereka ungkapkan menjelang pilihan raya lalu sekadar janji-janji manis yang semakin dilupakan.”
Impian pakatan pembangkang adalah lebih tertumpu kepada kuasa daripada untuk melaksanakan janji-janjinya yang telah ditulis dalam manifesto malah sehingga kini kepimpinan tertinggi mereka gagal membuat penerangan berkaitan persoalan mengapa banyak janji-janji dalam manifestonya tidak dilaksanakan.
“Ini berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh BN iaitu berlandaskan kepada kemampuan dan memberikan harapan kepada rakyat berdasarkan pengiraan dan penilaian yang telah dibuat.”
Jelasnya, sejak merdeka dan membentuk kerajaan sehinggalah ke hari ini, bantuan yang diberikan oleh kerajaan berbeza-beza berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa namun apa yang pasti BN telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan yang benar-benar membela rakyat dan negara terus maju.
“Rekod pentadbiran ini adalah penilaian terpenting. Jika dahulu subsidi diberikan kepada semua pihak tetapi sekarang ada di antaranya dikurangkan agar mana-mana yang mampu boleh berdikari sendiri sementara yang kurang berkemampuan terus dibantu dengan pelbagai bentuk sama ada secara langsung sebagaimana BR1M dan bantuan persekolahan atau secara tidak langsung iaitu melalui pewujudan kedai-kedai 1Malaysia, klinik kesihatan dan lain-lain lagi.”
Tegas beliau, BN tidak pernah mempermainkan rakyat sebagaimana pembangkang yang menaburkan janji-janji palsu untuk meraih sokongan namun akhirnya selepas pilihan raya ksemua janji-janji terbabit tidak tertunai.
lim-guan-eng-km-menteri-dap-penang-pulau-pinang-naik-harga-tarif-air-bil-rakyat
“Biarpun pakatan pembangkang menguasi tiga negeri tetapi sebagai kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab, BN tidak pernah mengenepikan negeri-negeri terbabit dan banyak bantuan yang dihulur atas kepentingan keseluruhan rakyat.”
Dilaporkan, biarpun telah lebih 23 tahun Pas mentadbir Kelantan tetapi semua rumah mampu milik di negeri terbabit dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selain Kerajaan negeri Kelantan sendiri menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan Persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010.
Dalam masa yang sama, bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang pula, Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun 2012 yang membabitkan kegunaan bagi membiayai program dalam aspek perumahan, keusahawanan dan modal insan.

No comments:

Post a Comment