Nuffnang Ads

Monday 20 January 2014

Tidak Benar Masuk… Itu Hak Kerajaan Jepun, Usah Cuba Politikkan – Halimathon

Ketidakbenaran pihak berkuasa negara matahari terbit, Jepun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasuki negara berkenaan tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Halimathon Saadiah Borhan berkata, apa yang berlaku itu adalah terletak di atas bidang kuasa negara terbabit dan mereka mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga menyebabkan Anwar tidak dibenarkan untuk memasukinya.
“Hanya pihak berkuasa negara Jepun sahaja yang tahu mengapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara berkenaan dan perkara ini tidak harus dipolitikkan untuk kepentingan ma-mana pihak.
ketua-pembangkang-kes-anwar-dihalang-masuk-negara-jepun-kerajaan
“Anwar boleh mendapatkan pejelasan daripada pihak terbabit berhubung perkara berkenaan dan tidak seharusnya membuat apa-apa andaian. Jabatan Imigresen Malaysia sudah pun memberikan penjelasan bahawa apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan jabatan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa Ketua Pembangkang itu apabila dinafikan oleh pihak imigresen Jepun untuk memasuki negara berkenaan.
Ahad lalu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dari  Kuala Lumpur dan telah dinafikan kemasukannya oleh pegawai imigresen Jepun dan diminta pulang dengan penerbangan pertama.
Halimathon yang juga Adun Kota Damansara berkata, isu tidak dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa negara terbabit bukanlah sesuatu yang baru, malah baru-baru ini pihak media juga ada melaporkan seorang pensyarah Malaysia tidak dibenarkan ke Amerika Syarikat.
Menurutnya, dalam perkara ini, semua pihak perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan kerana membabitkan hubungan antara dua negara, Malaysia dan Jepun. 

No comments:

Post a Comment