Nuffnang Ads

Thursday, 16 January 2014

Satu Demi Satu Pusat Giat Mara Ditutup…. Kerajaan Selangor Bunuh Masa Depan Anak Muda

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin hari ini berkata pergerakan itu kesal dan membantah tindakan Kerajaan Selangor  menutup pusat latihan kemahiran Giat Mara di Selayang yang disifatkan sebagai tindakan melampau.
exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3
Ujarnya, pusat latihan Giat Mara adalah peluang kedua kepada golongan muda yang tidak berjaya di dalam bidang akademik untuk memperolehi latihan seterusnya menimba ilmu untuk masa hadapan yang lebih baik.
“Puteri akan mengumpulkan seberapa banyak tandatangan bagi menunjukkan protes terhadap arahan untuk menutup Giat Mara di Selayang.
“Sebelum ini Giat Mara di Sabak Bernam telahpun ditutup dan kini satu demi satu tempat untuk anak muda menimba ilmu cuba dihapuskan.
“Saya menyeru kepada semua anak muda untuk bangun dan mempertahankan Giat Mara. Puteri sendiri akan terus mencari solusi agar dapat menyumbang mempertahankan pusat latihan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan penubuhan Majlis Gema Rakyat kerjasama bersama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Penerangan UMNO Malaysia dan juga Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) di Menara Dato’ Onn hari ini.
Tambah Ermieyati, sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tetap mahu mengambil tapak GiatMara dengan alasan ianya adalah tanah kerajaan negeri, seharusnya pusat latihan ini dipindahkan ke tapak lain agar masa hadapan para pelajar tidak terjejas dan bukannya mengambil tindakan menutup pusat latihan ini.
“Giat Mara telah melahirkan ramai pelajar-pelajar cemerlang walaupun mereka ini pada asasnya kurang berjaya di dalam akademik. Mara memberi latihan kemahiran agar mereka ini mampu mendapat masa hadapan yang lebih cerah dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara sendiri.
“Tindakan kerajaan Negeri Selangor ini adalah tidak wajar dan ianya seakan ‘membunuh’ masa hadapan anak muda,” ujarnya lagi.
Difahamkan arahan untuk menutup Giat Mara dibuat menerusi satu surat yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan yang bertarikh 2 Disember tahun lalu.
Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki  pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.
Malah, kerajaan negeri turut memberikan amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965. 

No comments:

Post a Comment