Pemerhati politik melihat tidak ada keperluan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang diadakan jika tiada sebab-musabab yang kritikal.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat, PKR tidak sepatutnya memperjudikan kepercayaan rakyat meskipun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkannya sebagai gerakan taktikal parti itu.
“Jika tidak ada sebab munasabah seperti sakit, pecah amanah, skandal dan sebagainya, tak perlulah diadakan PRK.
"Kalau ikut kata Azmin, ini adalah strategi dan sebagainya... ya lah strategi dan sebagainya tapi jangan memperjudikan kepercayaan rakyat kepada parti,” katanya hari ini.
Akibat terlalu sering berdalih mengenai masalah dalaman PKR, beliau melihat sudah tiba masanya parti pembangkang itu mengambil sikap telus dalam menjelaskan kepada rakyat berhubung isu dalaman parti itu.
“Rakyat perlu lebih maklumat kerana apa yang berlaku itu tiada ketelusan. Pelbagai rumor tersebar di laman sosial yang kebetulan ia nampak betul. Tetapi PKR tetap terus menafikan tapi perkara itu (yang dinafikan) berlaku.
“Sekarang ini tugas PKR, adalah menjelaskan kepada rakyat kerana rakyat tidak mendapatkan penjelasan menyeluruh. Ia memberikan risiko yang tinggi kepada masa depan PKR itu sendiri,” katanya.
Menurutnya, selagi PKR tidak bersikap telus, persepsi negatif rakyat terhadap parti itu akan terus menebal.
“PKR kena buat penerangan kenapa PRK ini nak diadakan? Adakah benar PRK ini disebabkan krisis dalam parti atau memang untuk (Datuk Seri) Anwar jadi MB?
“Selagi mana mereka tidak bersikap telus, selagi itu persepsi akan semakin menebal bukan dalam kalangan yang tidak menyokong malah orang yang mengundi dan orang yang selama ini memberi kepercayaan kepada PKR dan PR itu sendiri,” katanya.
Tambahnya, “sekarang ini rumor yang tersebar luas adalah adanya krisis dalaman PKR dan untuk selesaikannya, maka berlakunya perkara ini (PRK Dun Kajang).
Mungkin mereka ada sebab yang lain namun sehingga hari ini, "alasan yang diberi masih tidak memuaskan hati semua pihak.”
Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Pengumuman itu menguatkan khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sekali gus meredakan pertelingkahan antara Abdul Khalid dengan Azmin di negeri ini.

No comments:
Post a Comment