Nuffnang Ads

Wednesday 22 January 2014

Kemelut Azmin, Khalid Hanya Sandiwara Percaturan Politik PKR

Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata kemelut di antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ini tidak lebih sekadar satu sandiwara permainan politik mereka bagi menutup isu-isu yang lebih besar di negeri itu.
Beliau yang juga merupakan bekas pemimpin PKR berkata  walaupun ada pihak khususnya di pihak UMNO dan BN melihat keretakan hubungan Azmin-Khalid di Selangor termasuk penguguran Azmin dari PKNS ini merupakan percaturan politik menjelang pemilihan parti PKR tidak lama lagi, tapi hakikatnya ianya merupakan sandiwara terbesar PKR untuk menutup segala isu yang lebih besar yang berlaku di Selangor termasuk isu Kalimah Allah dan penutupan Pusat Giat MARA baru-baru ini.
“Azmin mastermind Anwar dan PKR, jadi mereka ‘berlakon bersama’ dalam sandiwara keretakan Azmin-Khalid untuk mengalihkan isu sebenar yang berlaku di Selangor. Malah saya sendiri mendapat maklum-balas dari sahabat-sahabat yang masih dalam PKR hari ini, bahawa isu Azmin-Khalid ini tidak memberikan apa-apa kesan khususnya dalam pemilihan parti tidak lama lagi.
“Jadi saya berharap, agar rakyat dan pimpinan UMNO agar tidak terjebak dengan permainan politik hebat Azmin-Khalid ini sebaliknya menumpukan pada isu-isu rakyat dan masyarakat seperti isu Kalimah Allah dan penutupan Pusat Giat MARA di Selangor daripada melayan karenah Azmin-Khalid Ibrahim ini,” ujarnya yang juga bekas EXCO Pemuda Keadilan Pusat.
Dalam masa yang sama, beliau menyelar kepimpinan dan ahli yang muda dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini yang nampaknya hilang punca dan tidak berprinsip dalam hala tuju perjuangan mereka.
Anak-anak muda yang menyertai AMK hari ini jelas beliau hanya tahu mencari salah kerajaan, hanya mahu memberikan persepsi negatif pemimpin-pemimpin UMNO dan BN kepada rakyat.
“Begitu juga dengan tindakan Ketua AMK, Shamsul Iskandar semalam yang mengadakan demostrasi di hadapan Kedutaan Jepun yang menuntut penjelasan mengapa Anwar dilarang memasuki Jepun serta menganjurkan kempen Boikot Barangan Jepun, tindakan yang merepek dan tidak masuk akal.
“Tetapi, inilah masanya mereka (Shamsul Iskandar) nak menonjol untuk menjadi `hero’ kepada Anwar Ibrahim. Inilah masanya mereka nak menunjukkan kepada rakyat khususnya ahli-ahli PKR bahawa dialah hero yang memperjuang dan mempertahankan Anwar dalam isu larangan memasuki Jepun baru-baru ini.
“Mereka nak boikot barangan Jepun, tapi datang demostrasi di Kedutaan Jepun pun naik Honda, naik Toyota…. boikot apa namanya tu,” tambahnya. 

No comments:

Post a Comment