Nuffnang Ads

Tuesday, 21 January 2014

Arahan Tutup Pusat Giat MARA Lebih Kepada Unsur Politik – KJ

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melihat penutupan Pusat Giat MARA di Selayang mempunyai unsur-unsur politik kerana beliau tidak faham mengapa Pusat Giat MARA yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu, tiba-tiba diberikan notis untuk berpindah.
Tambahnya, kenapa selama ini tidak ada notis malah kerajaan pakatan di negeri Selangor, bukan penggal yang pertama.
“Kenapa penggal yang lepas tak bagi notis? Kenapa tiba-tiba dapat notis, di Sabak Bernam, di Selayang, sampaikan kita risau setiap Pusat Giat MARA di Selangor ini akan ditutup.
“Apa salahnya Pusat Giat MARA ini. Semalam saya baca kenyataan Menteri Besar, dia kata Pusat Giat MARA tidak menggunakan tanah secara optimum. Apa maksud beliau kerana Pusat Giat MARA adakah pusat latihan bagi anak-anak muda.
exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3
“Pemuda UMNO adalah penyokong kuat Pusat Giat MARA kerana dari dulu lagi kita bekerjasama dengan pusat ini dalam program Jelajah 1Malaysia (JOM), banyak program-program yang kita buat dengan Pusat Giat MARA ini,” ujarnya mengulas notis tindakan menutup Pusat Giat MARA Selayang baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, Pusat Giat MARA ini telah melahirkan ribuan anak-anak muda yang sebelum masuk Pusat Giat MARA ini, mereka tidak ada harapan sebaliknya selepas keluar dari mendapat latihan di sini, dapat pekerjaaan di atas kelayakan yang mereka perolehi dari Pusat Giat MARA ini dalam bidang vokasional.
“Apakah salah Pusat Giat MARA? Kenapa kerajaan negeri Selangor tidak boleh berunding dengan Pusat Giat MARA, kenapa tiba-tiba keluarkan notis. Memang betul notis itu satu tahun tetapi tetap notis untuk keluar juga, tetap notis untuk pindah juga.’
“Kenapa kerajaan negeri tidak membincangkan dengan pihak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mengenai status tanah. Ianya boleh dibincangkan, kalau isunya Pusat Giat MARA duduk di atas tanah yang bukan milik kerajaan persekutuan, memang betul sebab tanah itu bukanlah milik kerajaan persekutuan atau milik MARA”, ujarnya.
Tegas beliau lagi Pusat Giat MARA ini bukanlah tempat  kegiatan tidak positif atau kegiatan  haram sebaliknya pusat ini adalah tempat membina latihan untuk anak muda,.
“Kita akui tanah itu memang milik kerajaan negeri, tapi takkanlah tidak ada hati perut langsung untuk nak bincang dengan kerajaan persekutuan atau MARA, tentang nasib pelatih-pelatih Pusat Giat MARA ini,” katanya.
Difahamkan arahan untuk menutup GiatMara dibuat menerusi satu surat yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan yang bertarikh 2 Disember tahun lalu.
Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.
Malah, kerajaan negeri turut memberikan amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965

No comments:

Post a Comment