Nuffnang Ads

Wednesday, 15 January 2014

Tutup Pusat Giat MARA, satu lagi penindasan terhadap pendidikan di Selangor

Rakyat Selangor khususnya orang–orang Melayu seharusnya membuka mata dan melihat penindasan pendidikan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor .
exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Pusat Giat MARA yang telah beroperasi selama 21 tahun sejak 1993 di Selayang untuk membantu anak muda dalam bidang kemahiran setelah tamat persekolahan atas usaha Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini diusir satu persatu di Selangor untuk kepentingan politik dan perniagaan Pakatan Rakyat.
Terbaru adalah Pusat Giat MARA di Selayang.
“Cadangan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor menyerahkan tapak Pusat Giat MARA Selayang kepada “Selangor State Investment Centre (SSIC Berhad)”, bagi tujuan komersil sebagai Pusat Membaik Pulih Pesawat adalah lebih bermotifkan keuntungan perniagaan dan menidakkan usaha MARA untuk melahirkan lebih banyak modal insan dalam kemahiran vokasional.
“Berdasarkan pemerhatian, kawasan tersebut adalah kawasan perumahan dan kawasan riadah d isekitar turut diambil bagi tujuan yang sama. Agenda mereka jelas, iaitu cuba mengaut keuntungan seberapa banyak yang boleh dan pada masa yang sama menghalang usaha membantu melahirkan lebih ramai anak muda dalam bidang kemahiran vokasional,” ujarnya mengulas penutupan Pusat GiatMara Selayang.
Tambahnya, dengan cara ini mereka akan dapat memenangi hati puak-puak mereka dan golongan kapitalis walaupun pada masa yang sama mereka bersorak untuk membela rakyat.
“Hipokrasi sebegini terus berleluasa dan saya kesal kerana wakil rakyat DUN Templer yang ada gagal membela nasib orang Melayu yang tertindas. Ini baru sekelumit kecil tindakan mereka, kita khuatir selepas ini lebih banyak tempat atau kawasan untuk melahirkan anak bangsa berjaya akan terus diragut dan dirampas demi kepentingan poket dan politik mereka,” ujarnya lagi. 
exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam2
exco-dap-hian-yong-wah-tutup-mara-selayang-selangor-melayu-islam3

No comments:

Post a Comment