Nuffnang Ads

Tuesday 21 January 2014

Kunci Keamanan Adalah Keharmonian, Tolak Agenda Politikkan Isu Agama, Kaum

Rakyat diingatkan agar berwaspada dengan pihak yang cuba memporak-porandakan negara menerusi isu agama dan kaum yang dilihat seakan mahu menguji  dan meretakkan kestabilan yang telah dibina di negara ini.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata amat penting rakyat membuat penilaian sebaik mungkin dan tidak terikut-ikut dengan rentak pihak-pihak berkenaan kerana akhirnya ia tidak membawa apa-apa manfaat.
jamawi-jaafar-pemuda-umno-bn-tenom-sabah-sarawak-aman-agama-budaya-kaum-bangsa
“Sebab itu bagi saya perkara-perkara yang melibatkan soal sensitiviti agama dan kaum perlu dielakkan kerana sepertimana yang saya katakan tadi, kesannya bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada negara itu sendiri.
“Apakah kita mahu melihat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kepelbagaian agama serta berlainan fahaman dan anutan oleh seluruh rakyat tergugat gara-gara dengan sikap sesetangah pihak.
“Jadi sama-samalah kita berwaspada dan mengelakkan perkara yang boleh menganggu gugat apa yang kita ada dan apa yang kita nikmati hari ini terus kekal. Bagi saya itu perlu diutamakan,” katanya di sini, hari ini.
Jamawi seterusnya menambah sikap toleransi antara masyarakat di negara ini adalah kunci kepada keharmonian dan kunci berkenaan perlulah dipertahankan antara satu sama lain sebaik mungkin.
“Jadi kerajaan perlu melihat soal dan perkara ini dengan mendalam kerana jika dibiarkan ianya dibimbangi akan menjadi barah. Kita dalam Pemuda khususnya tidak akan terikut-ikut dengan rentak tersebut.
“Dan kita yakin apa yang telah diusahakan oleh kerajaan dalam usaha memperkasakan lagi keharmonian rakyat baik daripada dulu hingga sekarang tidak pernah luntur. Telah banyak yang diusahakan. Jadi kepada seluruh rakyat, sama-samalah kita menjaga apa yang ada ini untuk kepentingan bersama,” katanya. 

No comments:

Post a Comment