Nuffnang Ads

Thursday 23 January 2014

Undi Tidak Percaya: Taktik Murahan Pembangkang Lagakan Kepimpinan BN

Barisan NGO Negeri Perak menyelar kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar yang meminta agar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik murahan pembangkang.
Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, kenyataan Mahfuz itu memperlihatkan ketidakmatangan beliau ketandusan idea untuk memberikan buah fikiran yang terbaik demi rakyat dan negara.
“Ini merupakan taktik murahan pembangkang yang cuba untuk melaga-lagakan ahli parlimen BN dengan memberikan cadangan seperti itu. Apakah Mahfuz tidak ada idea yang lebih baik untuk dilontarkan demi kebaikan rakyat dan negara?
mahfuz-pas-harakah-ahli-parlimen-undi-tak-percaya-laga-najib-bn
“Bahkan dakwaan beliau bahawa ahli  kabinet kerajaan yang ada hari ini adalah kerana  ihsan isteri perdana menteri serta  merupakan bala besar kepada rakyat juga  merupakan satu tuduhan liar yang tidak berasas,” jelas beliau di sini hari ini.
Jelasnya lagi, pembangkang hanya tahu mencari kesalahan kerajaan sehingga terlupa tanggungjawab mereka sebagai pemimpin untuk memberikan buah fikiran serta cadangan demi kebaikan bersama.
“Idea pembangkang hari ini tidak lain hanyalah untuk mencela dan mengkritik kepimpinan negara. Sedangkan mereka sendiri tidak lakukan apa-apa, selain daripada mengeluarkan kenyataan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
“Kita boleh lihat di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Pembangkang. Apa yang mereka lakukan untuk kebajikan rakyat. Di Pulau Pinang, DAP lebih pentingkan pemaju perumahan mewah daripada membina rumah-rumah untuk rakyat termiskin.
“Manakala di Selangor pula, kepimpinan negeri lebih sibuk berpolitik daripada menumpukan perhatian terhadap kebajikan rakyat, sehingga perkara asas seperti air pun mahu dipolitikkan. Apa yang membuatkan pembangkang merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain,” tegasnya.
Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan pembangkang mencerminkan diri mereka terlebih dulu sibuk mengkritik kerajaan dan kepimpinan BN.
“Pemimpin pembangkang janganlah buat kenyataan seumpama menepuk dulang, air terpercik ke muka sendiri. Tengok dulu apa kebajikan yang mereka dah lakukan kepada rakyat terbanyak di negeri yang mereka perintah, sebelum mengkritik BN.
“Jangan asyik menghina, mengkritik serta memberikan idea-idea murahan yang tidak membina serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk rakyat dan negara. Sikap pembangkang hari ini seperti pepatah ayam yang berkokok berderai-derai, tapi ekor penuh bergelumang tahi,” akhiri beliau.

No comments:

Post a Comment