Nuffnang Ads

Wednesday, 29 January 2014

BN Mesti Waspada Helah Pembangkang Tutup Kemelut Dalaman

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terjebak dengan kerenah pembangkang yang sengaja membuat helah untuk menutup pelbagai isu dalaman parti itu.
Rentak permainan politik PKR kini menunjukkan ketidakcerdikan mereka menangani kelemahan kepimpinan terutama apabila penasihatnya tidak dibenarkan memasuki Jepun baru-baru ini, katanya.
Beliau yang juga  Menteri Komunikasi dan Multimedia mengulas peletakan jawatan wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan keputusan parti itu menamakan  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon jika pilihan raya kecil diadakan.
Ini bukanlah pertama kali dilakukan pemimpin parti itu kerana tindakan mempersendakan mandat rakyat pernah dilakukan pemimpin mereka yang lain sebelum ini, katanya  di sini.
amk-pkr-keadilan-pakatan-pembangkang-demo-boikot-bakar-bendera-jepun-halang-anwar-masuk
Ahmad Shabery berkata tindakan Lee itu dilihat sebagai helah yang sengaja dibuat PKR untuk menutup banyak isu yang timbul, terutama selepas Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun.
“Rakyat sudah memberi mandat, tiba-tiba dia (Lee) berhenti pada masa yang tidak sepatutnya. Ini satu cara mempersendakan mandat yang telah rakyat berikan dalam pilihan raya.
“Pilihan raya bukan sesuatu yang mudah dan kecil perbelanjaannya,” katanya  selepas menghadiri program Bicara Menteri Bersama Mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.
“Ini menunjukkan ketidakcerdikan mereka dalam menangani isu ini, selain memperlihatkan perbalahan dalaman parti yang sudah sampai satu  peringkat tidak boleh diubati lagi, maka kemungkinan ia terpaksa dikaitkan siapakah yang layak jadi Menteri Besar dengan peletakan jawatan (Lee),” katanya.
Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR seandainya pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan Lee hanya sehari sebelum itu.
Beberapa penyokong Anwar telah turut mengadakan demonstrasi dengan memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur baru-baru ini ekoran pemimpin PKR itu dilarang memasuki Jepun dan diarah pulang segera.
Peletakan jawatan Lee juga berlaku ketika isu pemecatan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) masih hangat, yang cenderung melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
anwar-mb-selangor-kerusi-dun-kajang-anti-demokrasi-pilihanraya-kecil-umno-bn

No comments:

Post a Comment