Nuffnang Ads

Thursday 16 January 2014

Ikhlas minta ISA dilaksanakan semula

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) semalam meminta supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula demi kesejahteraan dan keamanan negara.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pemansuhan dan penggantian akta itu pada 2012 adalah hasil desakan berterusan oleh beberapa pihak yang tidak selesa dengan kekebalan undang-undang berkenaan yang seolah-olah memberi ancaman kepada mereka.

Katanya, sekiranya kerajaan tidak dapat mewujudkan semula ISA, pertubuhan itu mendesak agar diperkasakan lagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) agar mampu mempertahan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan negara.

“Bila keselamatan negara terancam (akibat tiada ISA), ekonomi juga akan tergugat dan seterusnya kedudukan perdana menteri juga akan terancam,” tegasnya kepada media di sini.

Ikhlas bersama lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain semalam menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk menggubal dan melaksanakan semula ISA.   

Memorandum itu diterima pegawai di pejabat Perdana Menteri, Saiful Azhar.

No comments:

Post a Comment