Nuffnang Ads

Wednesday 22 January 2014

Ajak Boikot Barangan Jepun… Saranan Pembangkang Tidak Cerdik

Tingkah pakatan pembangkang yang bertindak balas terhadap larangan Anwar Ibrahim memasuki Jepun dengan mengadakan bantahan dan mengajak ‘boikot barangan Jepun’ membuktikan sifat tidak cerdik dalam kepimpinan mereka sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Zahida Zarikh Khan melihat sekiranya barangan buatan Jepun mahu diboikot maka bagaimana dengan pelaburan negara terbabit di Malaysia yang secara langsung memberi sumbangan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
“Sebenarnya mereka bersikap hipokrit apabila mengajak ‘boikot barangan Jepun’ kerana dalam keadaan mereka berdemo dan memegang sepanduk terbabit pun ada di antaranya yang menggunakan barangan Jepun termasuklah kenderaan buatan negara terbabit,” katanya.
Katanya, sewajarnya pakatan pembangkang memikirkan implikasinya terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu perkara sebagaimana demo yang berlangsung semalam di hadapan kedutaan Jepun.
“Sudahlah mereka tidak memikirkan atau menyelidik terlebih dahulu siapa yang salah apabila kerajaan Jepun melarang ketua mereka memasuki negara terbabit, dan kemudian mereka membuat bantahan dengan mahu memboikot barangan Jepun sedangkan ramai usahawan negara terbabit melabur di negara kita termasuklah pembinaan pelbagai kilang-kilang elektronik dan sebagainya.”
Tegas beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, sepatutnya pakatan pembangkang khususnya yang berdemo dan mengajak orang ramai memboikot barangan Jepun menilai diri sendiri dengan melihat berapa banyakkah barangan Jepun yang mereka gunakan.
“Mereka sendiri bersikap hipokrit apabila mengajak orang lain laksanakan boikot terhadap barangan Jepun sedangkan dalam masa yang sama mereka ini masih menggunakan pelbagai barangan Jepun iaitu dari barangan elektrik di rumah, barang elektronik hinggalah kepada kenderaan mereka pakai.”
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat melihat sendiri bagaimana sikap pembangkang dalam menangani masalah yang diakibatkan oleh kesalahan mereka sendiri tetapi menyalahkan pihak lain.
Semalam, pakatan pembangkang yang diketuai oleh Ketua Angkatan Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah mengadakan bantahan sebagai tindak balas terhadap larangan Anwar Ibrahim memasuki Jepun dengan membabitkan sebilangan peserta yang memegang poster bertulis ‘boikot barangan Jepun’.
Dilaporkan, Ketua Pembangkang tidak dibenarkan memasuki Jepun kerana didakwa gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imegresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian dalam undang-undang Imegresen Jepun.

No comments:

Post a Comment