Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila masa. Pilihanraya adalah simbol ‘kepercayaan rakyat’, ‘integriti’ dan ‘keadilan’.
Justeru, sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan perjalanannya lancar dan tepat. Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga, SPR dan PDRM memerlukan jumlah jutaan ringgit. Contohnya, bagi PRK Kuala Besut yang lalu, perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak RM10.4 juta. Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan.
Berdasarkan hakikat ini, seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri dan meletak jawtan sesuka hati, tanpa sebab musabab yang konkrit walaupun atas nama kepentingan parti. Ini kerana tugas utama seorang wakil rakyat adalah untuk mewakili rakyat, bukan parti.
Bagaimanapun, pembangkang nampaknya tidak mampu memahami perkara ini. Bagi pembangkang, tugas wakil rakyat adalah untuk memastikan kemenangan parti atau kepentingan pemimpin tertentu semata-mata. Manakala, berkhidmat kepada rakyat merupakan tugas tetap kerajaan pusat atau wakil rakyat Barisan Nasional.
Justeru itu, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim langsung tidak merasa bersalah mempermainkan rakyat dengan ‘menukar’ wakil rakyat dari partinya sesuka hati beberapa kali demi keuntungan politik kepada partinya, atau lebih tepat, dirinya.
Perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh baru-baru ini, bukanlah kes pertama di mana seorang wakil rakyat PKR perlu berkorban bagi memenuhi serakah Ketua Pembangkang.
Sebelum ini, perkara yang sama berlaku di Penanti di mana bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Muhammad Fairus Khairuddin telah dikaitkan dengan skandal rasuah seubah kuari dan terpaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Bekas Setiausaha Politik Anwar, iaitu Dr. Mansor Othman mengambil-alih jawatannya.
Dalam isu Penanti, Anwar dilaporkan berulang kali menafikan yang Fairus akan meletak jawatan sehinggalah ke saat akhir. Fairus, dalam kenyataan mengenai perletakan jawatannya kepada Nanyang Siang Pau, mengesahkan andaian ‘ada yang tidak kena’ dengan pertuduhan rasuah ke atasnya.
Malah, beliau memberi tempoh dua minggu kepada PKR untuk membersihkan namanya serta mengugut akan mendedahkan skandal kerajaan negeri dan PKR.
Nama beliau kemudiannya dibersihkan, namun jawatan beliau juga telah digantikan oleh Dr. Mansor melalui PRK Penanti, sepertimana yang dirancang oleh kepimpinan PKR.
Dalam Pilihanraya 2008, Anwar menyuruh Wan Azizah meletak jawatan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada dirinya. Ia dilihat berpunca dari ketidakyakinan Anwar untuk bertanding di kawasan lain lalu memilih kawasan paling selamat bagi memastikan kesinambungan hayat politiknya.
Nampaknya, Anwar menyifatkan pilihanraya sebagai padang permainan dengan beliau perlu terus menjadi pemenang. Anwar tidak melihat pilihan rakyat sebagai sesuatu yang serius. Dalam fikiran Anwar, rakyat bukan memilih calon, tetapi memilih dirinya dan partinya. Oleh itu, beliau boleh bertanding di mana-mana saja dan menyuruh mana-mana calon meletak jawatan bila-bila masa, bagi menjayakan agendanya.
Ini membuktikan bahawa Anwar bukan sahaja tidak menghormati rakyat, tetapi juga tidak menghormati pemimpin PKR termasuk Presiden parti yang juga isterinya sendiri. Keadilan, integriti dan kepercayaan rakyat adalah sesuatu yang tidak ada kena mengena dalam perjuangannya.
Bagi Anwar, pembaziran yang berlaku bagi memenuhi agendanya bukanlah isu, walaupun beliau sering menghentam kerajaan atas tuduhan membazir.
Pengundi Kajang wajar mengambil pengajaran dari siri PRK ciptaan Anwar ini. Jika Anwar mampu mempermainkan kepercayaan dan membazir wang rakyat untuk mengadakan PRK yang tidak perlu, maka apakah Anwar seorang pemimpin yang baik? Pemimpin jenis apa yang mengadakan pilihanraya ‘sesuka-hati-mak-bapaknya’?
Mr Beruang Biru
No comments:
Post a Comment