Nuffnang Ads

Friday, 24 January 2014

Penjelasan Mengenai GST Diperluas Ke Semua Kawasan Parlimen

Kerajaan akan terus memberi penjelasan mengenai pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke semua kawasan parlimen selepas penjelasan peringkat negeri selesai.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata penerangan peringkat negeri dijangka selesai selesai hujung bulan ini berikutan penjelasan telah dibuat di 10 negeri termasuk Pahang hari ini.
ahmad-maslan-penerangan-media-kamal-zailani-gst-umno-bn
“Selepas penjelasan peringkat negeri selesai, GST akan diterangkan sehingga ke peringkat parlimen-parlimen mulai bulan dua (Februari) ke atas. Sekarang nak habiskan empat lagi penerangan peringkat negeri (Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan).
“Di kampung-kampung kita kumpulkan ahli parlimen, ketua bahagian, pemimpin setempat (untuk diberi penjelasan) dan bukan hanya penerangan mengenai GST malah bantuan kerajaan kepada rakyat,” katanya selepas majlis Sesi Taklimat GST Peringkat Pahang yang dihadiri lebih 2,000 orang di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan tetap meneruskan penerangan GST walaupun ada usaha dari segelintir pihak yang cuba mensabotaj dengan  melakukan demonstrasi untuk menggesa kerajaan menarik balik GST yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015.
“Kita juga tidak akan berdiam diri dan akan buat penjelasan sebab GST ini merupakan satu sistem percukaian terbaik yang telah diamalkan 160 negara.
“Jadi tidak ada sistem cukai yang baik dari itu setakat hari ini dan kenapa pula pemangkang tidak boleh menerima, pada masa yang sama pembangkang tidak memberikan apa-apa kaedah atau alternatif (pelaksanaan) lain,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kelewatan pengagihan baucar bantuan awal persekolahan, Ahmad berkata, perkara itu mungkin disebabkan proses penjadualan pengagihan di peringkat pejabat pendidikan negeri.
Katanya, agihan bantuan berkenaan telah disalurkan sejak 15 Jan lepas membabitkan RM540 juta untuk 5.4 juta pelajar sekolah di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment