Nuffnang Ads

Wednesday, 22 January 2014

Kenaikan Harga Barang: Pembangkang Hanya Pandai Cucuh Api

Kenaikan harga barangan di pasaran yang mengundang gelisah kepada rakyat diburukkan dengan sikap segelintir pihak termasuklah pakatan pembangkang yang ibarat menyimbah minyak ke dalam api untuk memarakkan keadaan walhal perkara terbabit masih terkawal.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad menganggap tingkah pembangkang yang menjadikan kenaikan harga barang sebagai bahan polemik politik dan manipulasi untuk populariti mereka bukanlah sesuatu yang menghairankan.
mentaliti-rendah-pembangkang-pkr-sumbat-kangkung-replika-wajah-pm-najib
“Sudah memang kerja pembangkang yang akan mencari jalan untuk memburukkan apa-apa sahaja yang berkait dengan kerajaan apatah lagi yang membabitkan kepentingan rakyat kerana ia boleh gunakan sebagai cara untuk menjadi juara dengan memanipulasikan isu terbabit,” katanya.
Jelas beliau, ramai pihak sedar dengan keresahan rakyat namun malangnya yang mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat adalah bergantung kepada kerajaan tanpa ada pertolongan atau cadangan dari pihak pembangkang sendiri.
“Mereka (pembangkang) nak merosakkan minda rakyat agar membenci kerajaan dengan mengambil kesempatan terhadap ruang dan kesempitan yang ada dalam masyarakat.
“Kerajaan juga sedar dengan kenaikan pelbagai kos di pasaran dan mengusahakan pelbagai langkah untuk menanganinya sedangkan pembangkang berkelakuan sumbang dengan menokok tambah pelbagai keburukan dalam kerajaan seolah-olah sudah tiada langsung kebaikan yang dilaksana oleh Barisan Nasional (BN),” katanya.
Dalam hal ini, beliau menyeru rakyat keseluruhan untuk melakukan penilaian dan membuat pertimbangan dengan melihat sendiri kepada apa yang ada di depan mata dan pelbagai perkara yang telah dilalui sebelum ini.
“Janganlah hanya kerana tingkah pembangkang yang amat ‘bijaksana’ dalam membuat ulasan dan penerangan berkaitan sesuatu hal maka semua usaha yang dilaksanakan oleh BN ditolak ketepi sedangkan jika mahu dihitung apa pula usaha pembangkang bagi membantu rakyat?
“Tuduhan pembangkang kepada kerajaan amat keterlaluan sehinggakan dianggap zalim dan menindas rakyat sedangkan jika benar ia berlaku bagaimana mungkin kerajaan mahu terus memberikan subsidi kepada pelbagai barangan harian dan keperluan selain bantuan-bantuan lain untuk meringankan beban hidup rakyat.”
Tegasnya, pembangkang cuba menafikan usaha yang dilakukan kerajaan dengan menaburkan pelbagai sentimen untuk rakyat menolak BN.
“Adakah benar kerajaan membiarkan rakyat hidup dalam kepayahan sedangkan realitinya hari ini BN tetap prihatin menghulurkan bantuan dan menyelami setiap permasalahan masyarakat.
“Kerajaan sedar kepayahan rakyat misalnya dalam menghadapi musim persekolahan maka bantuan persekolahan diberikan RM100 setiap pelajar tanpa mengira bilangan anggota keluarga yang bersekolah dan bantuan ini disalurkan tanpa melihat kepada idealogi politik atau pegangan pihak tertentu tetapi diberikan sama rata atas nama rakyat Malaysia.”
Dalam masa yang sama, kerajaan meneruskan pelaksanakan inisiatif-inisiatif lain seperti Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA, Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA serta Menu Rakyat 1Malaysia dan macam-macam lagi sebagai ikhtiar yang dilakukan demi kepentingan serta kesejahteraan segenap rakyat Malaysia.
“Agensi-agensi kerajaan juga memainkan peranan dalam meninjau pengawalan harga-harga barangan di pasaran agar penguatkuasaannya benar-benar memberi kesan tanpa ada orang tengah atau pihak yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.”
Antara tindakan yang dibuat ialah melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang melancarkan Ops Harga 2014 serentak di seluruh negara dengan tindakan serta-merta dan tegas ke atas para peniaga yang tidak beretika dan menaikkan harga barangan sesuka hati iaitu membabitkan lokasi seperti pasar basah, kedai runcit dan restoran-restoran seluruh negara.
Kes-kes berkenaan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Timbang dan Sukat dan Akta Perihal Dagangan 2011. 
anwar-pembangkang-sensasi-harga-naik-bukan-tolong-rakyat-gimik-politik-janji-kosong
najib-transformasi-produk-1malaysia

No comments:

Post a Comment