Nuffnang Ads

Wednesday, 15 January 2014

Kerajaan Manfaat Peruntukan Projek Pan Borneo, Selesai Isu Kesesakan Di Sabah

Kerajaan akan memanfaatkan peruntukan RM500 juta dalam Bajet 2014 bagi menangani dan meneruskan kerja menaik taraf Jalan Pan-Borneo di antara Sabah dan Sarawak.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata antara masalah yang menjadi prioriti kerajaan adalah isu kesesakan lalu lintas yang disuarakan rakyat dan sebahagian usaha pengimplementasian projek jalan Pan-Borneo itu.
“Kita akan melihat bagaimana untuk memanfaatkan peruntukan sedia ada terutama sekali dalam menyelesaikan isu-isu ‘congestion’ ataupun trafik yang berlaku di Putatan (Sabah).
“Saya difahamkan ada beberapa isu telah disuarakan oleh rakyat terutama sekali yang melibatkan kesesakan lalu lintas dan itulah menjadi keutamaan dalam usaha kita untuk mengimplementasikan jalan Pan-Borneo itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar berkata selain kerja-kerja menaik taraf lebuh raya Pan-Borneo, peruntukan disalurkan kepada penyelenggaraan bagi kawasan ‘black-spot’ atau kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya selain memerlukan perhatian seperti kawasan cerun.
Projek naik taraf Jalan Pan-Borneo daripada jalan dua hala sekarang kepada lebuh raya, merupakan satu daripada aku janji Manifesto Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13, melibatkan jarak 2,300km di antara Sematan di Sarawak dan Serundong di Sabah.

No comments:

Post a Comment