Nuffnang Ads

Tuesday 28 January 2014

Dr. M: Hak asasi manusia perlu dihadkan

Setiap kebebasan ada hadnya, demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika berucapa pada forum bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, pada Jumaat.

Katanya, meskipun Perlembagaan menjamin hak rakyat Malaysia bersuara dan berhimpun, namun ia tertakluk kepada perundangan yang mengawal kebebasan tersebut daripada disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Mahathir menambah, kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan itu tidak bermakna tiada sekatan dan had sehingga membolehkan pihak tertentu boleh menyebarkan fitnah dan menggunakan perkataan kesat sesuka hati.

“Kita bebas bersuara tetapi tidak bermakna kita boleh maki hamun orang lain.

"Kebebasan media itu tidak bermakna kita boleh sebar berita yang tidak berasas dan bertanggungjawab untuk mencetuskan huru hara dalam negara kita," katanya.

Mengulas lanjut hak asasi manusia, beliau turut menegaskan, kebebasan berhimpun juga perlu dihadkan agar ia tidak menafikan hak orang lain termasuk menjejaskan operasi dan perniagaan sesebuah institusi.

"Kumpulan majoriti juga mempunyai hak, kalau kita buat demostrasi dan perhimpunan itu mengganggu perniagaan orang lain, ini bermakna kita menghapuskan hak orang lain. Ini tidak harus dilakukan.

"Kita juga bebas dalam politik, tetapi dalam politik pun ada sekatan-sekatan yang perlu kita terima, kita perlu ada undang-undang yang menjaga kepentingan masyarakat atau majoriti, bukan kepentingan seorang sahaja (minoriti)," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment