Nuffnang Ads

Tuesday, 21 January 2014

Boikot peniaga yang naik harga

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memboikot peniaga yang menaikkan harga yang tidak berkadaran.
Serentak itu juga beliau yang juga Pengerusi Biro Penerangan dan Publisiti BN menggesa agar kerajaan menangkap peniaga yang menaikkan harga terlalu tinggi kerana melanggar Akta yang diluluskan di Parlimen tentang anti pencatutan.
“Kita memandang berat tentang kos sara hidup khususnya mereka yang menaikkan harga yang tidak berkadaran. Boikot pekedai, restoran dan pasar yang menaikkan harga keterlaluan.
“Dan kita juga berharap jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menangani segera perkara ini,” katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyurat Biro Penerangan UMNO, di sini, Isnin malam.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan penerangan UMNO di peringkat negeri akan memperhebatkan lagi penjelasan mengenai GST di akar umbi.
“Untuk itu penerangan negeri selepas ini akan mengadakan penerangan mengenai perkara ini di semua bahagian di negeri masing-masing. Kita membantu kerajaan bagi pihak parti untuk terangkan mengenai perkara ini.
“Mereka akan bekerjasama dengan pihak berkenaan seperti Kastam yang akan menyediakan tenaga penceramah bagi menerangkan soal ini. Itu isu terkini yang perlu diberikan penjelasan sewajarnya,” katanya. 

No comments:

Post a Comment