Nuffnang Ads

Tuesday 28 January 2014

Usaha Serius Kerajaan Tangani Kenaikan Harga Barang Tolak Tohmahan Pembangkang

Pelbagai tohmahan yang dilontarkan terhadap kerajaan kononnya tidak serius terhadap kenaikan harga barang ditempelak oleh Pengerusi Skuad Pengguna Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Ar Rahman Hussin yang melihatnya sebagainya satu tuduhan yang tidak berasas.
Menurut beliau usaha dan langkah yang diambil oleh kerajaan menerusi kementerian serta agensi yang terlibat berhubung perkara itu boleh dilihat dan dinilai menerusi  pelbagai tindakan dan alternatif telah diambil oleh kerajaan sehingga hari ini.
Jelasnya penguatkuasaan terhadap harga barang kawalan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) contohnya, dilihat sedikit sebanyak dapat membendung segelintir peniaga yang menaikkan harga yang tidak berkadaran.
khairy-ketua-pemuda-umno-bn-lawat-tinjau-harga-barang-pasar-borong-selayang-kl-selangor
“Begitu juga kita dapat lihat bagaimana agensi dan pertubuhan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) yang memainkan peranan dengan menawarkan produk-produk makanan dengan harga lebih murah.
“Ini merupakan alternatif yang diambil oleh kerajaan dalam usaha memastikan pengguna tidak terbeban dengan segelintir mereka yang cuba mengaut keuntungan secara mudah tanpa melihat kepada situasi yang sebetulnya.
“Malah kita menerusi Skaud Pengguna Pemuda UMNO turut terpanggil untuk membantu dalam soal ini seperti membuat pemantauan dan melaporkannya kepada pihak berkenaan di seluruh negara.
“Ini adalah sebahagian yang dapat kita kongsikan di sini. Sebenarnya kerajaan cukup serius dalam soal ini sehingga penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Pemuda UMNO seterusnya menambah jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga yang ada ketika ini tidak berfungsi dengan baik menunjukkan keseriusan kerajaan terhadap perkara berkenaan.
“Jadi kepada mereka yang melemparkan pelbagai tohmah bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam soal ini adalah satu tohmahan yang tidak sepatutnya dan hanya sekadar untuk memburukkan kerajaan,” ujarnya.
Kata beliau lagi pengguna juga boleh memainkan peranan masing-masing untuk bersama-sama dengan kerajaan membanteras permasalahan ini.
“Kita faham kadangkala sesetangah peniaga perlu menaikkan harga barangan, namun janganlah keterlaluan kerana ianya akan menambah bebanan kepada rakyat. Mereka yang menaikan secara keterlaluan inilah yang kita sepatutnya boikot dan laporkan kepada pihak berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment