Gunakanlah Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Yang Difahami Semua Kaum. Satu Bahasa Rasmi Satu Negara Yang Berdaulat.
1. Penulis teringat Demonstrasi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun 1970-an di Kuala Lumpur dahulu, antaranya marahkan Kerajaan kerana iklan-iklan Bahasa Melayu di Kuala Lumpur ketika itu sangat kurang, yang banyak iklan bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Itulah semangat Nasionalis Anwar.
2. Namun, Anwar sebagai Pemimpin De Facto PKR dan Pemimpin Utama Pakatan Rakyat (namun kata Dato Seri Hj. Hadi Awang, Presiden PAS) Tidak Ada Ketua dalam PR. Lihatlah negeri Pulau Pinang sekarang, papan-papan tanda sudah mula menyelitkan dan menggunakan tulisan Mandarin. Di Klang pun sama, jika kita membawa kereta menuju ke Kg. Melayu Subang kita akan terpandang Papan Tanda 3 Bahasa iaitutulisan Rumi Melayu, tulisan Mandarin, tulisan Tamil. Di mana Anwar dalam isu ini sebagaimana tahun 1970an dahulu? Kenapa tiada Demonstrasi macam tahun 1970-an dulu atau sekurang-kurangnya bantahan kepada Ketua Menteri Penang Lim Guan Eng? Apakah Timbalan KM Penang, Fairuz tidak ada kekuatan bercakap kepada KM Penang?
3. Apakah Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan negara kita? Jika hari ini mereka boleh buat 30 tahun akan datang , bayangkan seluruh Papan Tanda di Penang dan Selangor dipenuhi Tulisan Mandarin? Bahasa Melayu adalah ini kepada bangsa Malaysia yang sedang dibina. Peminggiran Bahasa Melayu bermakna pembuangan secara perlahan-lahan inti utama bangsa Malaysia itu. Siapakah inti dan teras bangsa Malaysia, kenegaraan Malaysia, sudah tentulah orang Melayu. Namun inilah perjuangan sempit Anwar. Moto mereka Keadilan dan Kesamarataan. Jika Bahasa Melayu boleh ditulis di papan-papan tanda, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil pun mesti boleh juga...Lama-kelamaan akan lenyaplah bahasa Melayu macam bahasa Sanskrit dan lama-kelamaan bangsa Melayu juga akan lenyaplah juga. Ini adalah proses yang perlahan tetapi berterusan.
4. Oleh itu, penulis mengsyorkan UMNO, DBP, GPMS, dan semua yang cintakan bahasa Melayu supaya mengadakan Seminar/Simposium/Forum/Majlis Raja-Raja/DLL untuk mempertahankan Kedudukan dan Kedaulatan Bahasa Melayu di tanah air kita ini. Kalau bukan kita siapa lagi? Tidak perlu buat Demonstrasi macam Anwar buat tahun 1970-an dulu, lebih baik kita buat dengan cara berhemah, berdaulat, akademik,bijaksana, dsbnya.
SELAMATKAN BAHASA MELAYU KERANA BAHASA MELAYU MELAMBANGKAN KEDAULATAN BANGSA MELAYU.
No comments:
Post a Comment