Nuffnang Ads

Friday, 20 December 2013

Masyarakat kurang peka bazir elektrik


S Piarapakaran

Sikap segelintir masyarakat yang kurang peka dalam penggunaan peralatan elektrik menyebabkan berlaku pembaziran tanpa disedari.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran berkata, ia menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih, walaupun peralatan tersebut mempunyai label menjimatkan tenaga.

“Contohnya, penghawa dingin cekap tenaga 50 peratus, ia mesti dipasang di tempat sesuai seperti bilik tertutup dan mengikut ruang kapasiti ditetapkan. Namun, ada pengguna pasang di ruang tamu yang terbuka.

“Kemudian, mengadu bil elektrik tinggi, sedangkan penghawa dingin itu dipasang di tempat tidak betul,” katanya.

Mengulas mengenai kenaikan tarif elektrik bulan hadapan, Piarapakaran berkata, isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak 400 kilowat sejam (kWj) perlu membayar bil RM128.60, berbanding RM117 pada masa kini.

“Bil semasa lebih tinggi sekiranya mereka menggunakan lebih daripada jumlah itu, namun, bagi yang mempunyai bil kurang daripada RM77 tidak ada kenaikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment