Nuffnang Ads

Friday, 20 December 2013

Sukarelawan banjir akan diberi penghargaan

Sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu mendahulukan keperluan mangsa banjir tanpa mempedulikan keselamatan mereka akan menerima penghargaan khas daripada kerajaan.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penghargaan khas itu bagi mengenang jasa dan pengorbanan 'wira yang tidak didendang' terbabit.
   
"Mereka (sukarelawan) dapat menguruskan enam ribu, tujuh ribu orang ketika banjir, inilah orang-orang yang akan dipanggil untuk mendapat penghargaan khas PM nanti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan perhargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Shahidan berkata, kira-kira 7,000 sukarelawan terbabit akan dihubungi dalam masa terdekat.
   
Banjir yang melanda beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Melaka baru-baru ini menyaksikan lebih 17,000 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air.  

No comments:

Post a Comment