Nuffnang Ads

Thursday, 13 March 2014

Kerajaan rancang perluas PR1MA ke Melaka, Terengganu

Kerajaan merancang memperluas pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ke Melaka dan Terengganu, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata lokasi kawasan pembinaan sedang diteliti selain kajian sedang dijalankan mengenai analisis pasaran dan permintaan di kawasan tersebut.
“InsyaAllah dalam mesyuarat anggota PR1MA akan datang akan melihat beberapa cadangan pembangunan di Melaka dan Terengganu. Jenis pembangunan yang dicadangkan adalah rumah pangsapuri dan rumah teres.
“PR1MA masih belum menetapkan harga jualan bagi cadangan pembangunan di kawasan tersebut,” katanya.
Beliau menjawab soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang ingin tahu kedudukan terkini projek PR1MA sejak dilaksanakan dan adakah akan dilaksanakan di Melaka.
Shahidan berkata kerajaan turut memberi jaminan harga rumah PR1MA adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran rumah dengan spesifikasi yang sama.
Katanya, pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah telah dipersetujui untuk tahun lepas dan tahun ini di beberapa negeri seperti Perak, Kedah dan Pulau Pinang dengan harga yang ditawarkan adalah di antara RM100,000 hingga RM400,000 serta tertakhluk kepada lokasi dan jenis spesifikasi rumah.

No comments:

Post a Comment