Nuffnang Ads

Tuesday 18 March 2014

Rizab Melayu Di Johor Akan Ditambah Bagi Imbangi Populasi Kaum

Kerajaan Johor akan menambah bilangan tanah rizab Melayu terutamanya di kawasan bandar untuk mengimbangi populasi kaum dan mengelakkan orang Melayu terus tercicir.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata pihaknya sedang mengenal pasti tanah-tanah untuk dijadikan rizab itu termasuk tanah sedia ada milik kerajaan dan tanah hampir tamat tempoh pajakan.
khaled-nordin-menteri-besar-johor-tambah-rizab-melayu-kampung-wawasan-gelang-patah
“Kita akan umumkan bila tiba masanya termasuk keluasan-keluasan tanah itu. Apabila ada rizab Melayu, maka, kehidupan orang Melayu akan terjamin kerana Melayu juga perlu tinggal di bandar,” katanya.
Beliau bercakap selepas majlis penyerahan Notis 5A kepada 261 penduduk Kampung Baru Wawasan, Gelang Patah, dekat sini, hari ini.
Mohd Khaled berkata penambahan rizab berkenaan perlu dilakukan demi menjamin kelangsungan masyarakat majmuk di negeri ini sekaligus mengeratkan perpaduan.
Beliau berkata dalam konteks pembangunan, adalah penting setiap Bandar diwakili setiap kaum supaya sesetengah kaum tidak tercicir dan tidak menerima kesan buruk untuk jangka masa panjang.
Mengenai pemberian Notis 5A yang memberi hak milik kepada setinggan ke atas tanah yang mereka duduki, beliau berkata ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam mencapai setinggan sifar dalam tempoh lima tahun ini.
Beliau berkata dianggarkan terdapat kira-kira 5,000 keluarga terutama di bandar raya Johor Baharu yang masih dikategorikan sebagai setinggan.
“Setinggan sifar di negeri ini memerlukan pendekatan berbeza-beza dalam penyelesaiannya.
“Ia bukan hanya soal pemberian tanah dan perpindahan penduduk tetapi lebih kepada usaha untuk memastikan keseimbangan pembangunan,” katanya.

No comments:

Post a Comment