Perbadanan Putrajaya (PPj) akan mengambil alih urusan penginapan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 mulai Jumaat dan akan terus menyediakan kemudahan itu kepada keluarga yang masih memerlukan, kata Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat.
Beliau berkata sehingga Jumaat ini penginapan untuk mereka disediakan oleh pihak Malaysia Airlines (MAS) namun PPj akan mengambil alih tanggungjawab tersebut.
"Mungkin kami akan menyediakan penginapan di tempat lain seperti Hotel Shangri-La kerana hotel ini (Everly) telah ditempah lebih awal untuk Formula 1 (yang dijadual berlangsung hujung bulan)," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Bagaimanapun, katanya, PPj akan meminta pihak Hotel Everly kalau boleh terus menyediakan bilik yang tidak ditempah untuk anggota keluarga yang sudah biasa tinggal di situ.
Aseh berkata beliau dimaklumkan sehingga Jumaat ini hanya 12 orang daripada dua keluarga yang ingin terus menginap di Hotel Everly, manakala yang masih menginap di Cyberview Resort & Spa kini berjumlah 24 orang termasuk enam orang warga tempatan.
Aseh berkata PPj juga akan menyediakan pengangkutan bagi anggota keluarga yang ingin pulang atau datang menginap di hotel di sini dan Cyberjaya.
Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat B777-200ER membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada 8 Mac dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.
Sejak hari kejadian, keluarga penumpang pesawat telah ditempatkan di Hotel Everly, Putrajaya dan Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya bagi memudahkan MAS memaklumkan perkembangan terkini mengenai operasi mencari pesawat berkenaan.
Pada awalnya terdapat kira-kira 30 anggota keluarga penumpang dari China ditempatkan di Cyberview Resort & Spa manakala lebih 100 anggota keluarga di Hotel Everly.

No comments:
Post a Comment