Mesej video dari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkaitan kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu menerima respon positif dari orang ramai.
Mesej yang dimuatnaik di YouTube telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari antara mesejnya menekankan bahawa keutamaan mereka ketika ini adalah untuk terus memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 dalam menghadapi situasi yang sukar ini.
Ahmad Jauhari juga mengulangi pendirian MAS dalam menyokong penuh misi mencari dan menyelamat, SAR yang melibatkan penyertaan dari 26 negara.
“Misi pencarian akan diteruskan hari ini (Ahad) dan ia merupakan tempoh yang amat sukar kepada keluarga penumpang dan anak kapal .
“Setiap jam yang berlalu tanpa banyak perkembangan membuatkan banyak hati yang menderita, doa dan ingatan kami akan selalu bersama keluarga penumpang dan teman-teman,” kata Ahmad Jauhari dalam video tersebut.
Ramai yang menonton video ini berharap agar syarikat penerbangan kebangsaan itu terus tabah dan tidak putus asa dalam menghadapi dugaan ini.
Mesej yang dimuatnaik di YouTube telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari antara mesejnya menekankan bahawa keutamaan mereka ketika ini adalah untuk terus memberi bantuan dan sokongan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 dalam menghadapi situasi yang sukar ini.
Ahmad Jauhari juga mengulangi pendirian MAS dalam menyokong penuh misi mencari dan menyelamat, SAR yang melibatkan penyertaan dari 26 negara.
“Misi pencarian akan diteruskan hari ini (Ahad) dan ia merupakan tempoh yang amat sukar kepada keluarga penumpang dan anak kapal .
“Setiap jam yang berlalu tanpa banyak perkembangan membuatkan banyak hati yang menderita, doa dan ingatan kami akan selalu bersama keluarga penumpang dan teman-teman,” kata Ahmad Jauhari dalam video tersebut.
No comments:
Post a Comment