Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyelar sikap pembangkang yang kini dilihat keterlaluan dalam menyalah kerajaan Barisan Nasional dan UMNO dengan menyebarkan dakwaan dan fakta yang tidak benar bertujuan mengelirukan rakyat serta memburukkan imej kerajaan di mata rakyat dalam isu-isu semasa yang berlaku hari ini,
Menurut beliau, pembangkang hari ini akan menjaja apa saja isu yang berlaku dalam negara sebagai modal mereka untuk menyalahkan kerajaan dan sengaja mencipta kekeliruan di kalangan rakyat dalam memahami isu sebenar.
“Contohnya dalam isu MH370, ini bukanlah sesuatu yang kita mahukan ia terjadi. Peristiwa ini berlaku takkanlah kita salahkan kerajaan. Ianya bukan kehendak kita.Kerajaan yang menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat tersebut.
“UMNO dan BN telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah kerajaan dan tidak hanya duduk berdiam diri saja, tetapi berusahauntuk mengambil tindakan yang sepatutnya dan bekerja keras untuk menyelesaikan kes ini.
“Jadi saya rasa tak payahlah pembangkang bersungguh-sungguh mengkritik dan cuba menyalahkan kerajaan dalam hal ini. Ini saya tengok pembangkang asyik mempolitikan isu ini, tambah pula semasa berkempen PRK DUN Kajang di mana pembangkang terus-terusan mempolitikkan isu tersebut,” ujar di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, bukan saja ketika waktu berkempen di Kajang, malah di dalam Parlimen pun pembangkang terus bercakap tentang hal ini dengan fakta yang tidak benar dengan niat untuk memburukkan kerajaan.
“Pembangkang ini, kalau yang baik pun kata tak baik, tambahlah kalau benda-benda yang tak baik, sudah tentu lagi teruk mereka akan persalahkan kerajaan. Contohnya macam isu kangkung, isu ketika Perdana Menteri kita merasmikan sebuah pasaraya di mana di situ ada promosi ayam dengan harga RM1, semuanya dipolitikkan oleh pembangkang.
“ Jadi tak ada satu benda pun yang tidak diambil kesempatan oleh pembangkang untuk memburukkan pemimpin dan juga kerajaan. itulah sikap pembangkang.Dalam mana-mana isu pun, saya menasihati rakyat agar bijak menilai, samada isu yang dimainkan oleh pembangkang itu benar atau tohmahan dan dakyah semata-mata.
“Rakyat kena melihat dari semua sudut informasi untuk kita dapat menilai perkara yang sebenar.Dalam dunia teknologi hari ini, rakyat perlu bijak dan janganlah kita sampai boleh dipermain-mainkan dan ditipu oleh pembangkang yang kerjanya menyebarkan fakta-fakta palsu, tidak tepat dan fitnah bertujuan untuk memburukkan kerajaan di mata rakyat,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment