Nuffnang Ads

Thursday 13 March 2014

BN Sarawak Yakin Menang PRK Balingian Dengan Majoriti Undi Yang Besar

Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin calon yang akan dipilih mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian boleh menang dengan majoriti undi yang besar.
Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Stephen Rundi berkata, walaupun peluang mengekalkan kerusi berkenaan cerah tetapi BN tetap akan bekerja keras untuk memastikan calonnya menang dengan majoriti yang besar.
“Kita (PPB) akan kerah jentera pilihan raya yang terdiri daripada mengandungi pergerakan wanita, pemuda dan parti-parti komponen lain untuk memastikan kemenangan yang besar untuk calon kita,” katanya selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pilihan raya DUN Balingian pada 29 Mac manakala penamaan calon pada 17 Mac selepas kerusi DUN itu dikosongkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb.
Bagaimanapun, Rundi enggan mendedahkan nama bakal calon sambil berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan diberi penghormatan untuk mengumumkannya pada satu perhimpunan yang akan diadakan di Dewan Suarah Mukah pada 15 Mac ini.
Bagaimanapun, difahamkan mesyuarat MKT PBB berkenaan sebulat suara memberi mandat kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk memilih seorang jurutera berusia 31 tahun, Adrian Langi Dorhat Alphonsus dari Kampung Tellian, Mukah untuk mempertahankan kerusi Balingian.

No comments:

Post a Comment