Nuffnang Ads

Wednesday, 12 March 2014

Penyokong BN Lebih Berhemah Ajak Penyokong Pembangkang Berdoa Bersama Kehilangan MH370

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi di sini seperti dijangka meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua pihak.
Seperti dijangka penyokong pembangkang yang hadir pada proses penamaan calon pagi tadi seperti cuba melepaskan geram apabila membawa elemen-elemen provokasi, menghina dan tidak bermoral.
Selain kain-kain rentang provokasi, penyokong pembangkang juga turut membawa kangkung, memakai topeng imej Datin Seri Rosmah Mansordan  cuba mempolitikkan kehilangan pesawat MH370.
Berlawanan dengan penyokong BN yang kelihatan lebih berhemah malah turut mengajak penyokong pembangkang untuk bersama berdoa kebaikan atas kehilangan pesawat MH370.
Pilihan raya kecil yang dijadual berlangsung pada 23 Mac itu diadakan susulan peletakan jawatan wakil rakyat sebelum ini, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan.

No comments:

Post a Comment