Nuffnang Ads

Friday 14 March 2014

Anwar Bukan Mangsa Kezaliman, Sebaliknya Pembuli Kepada Sistem Kehakiman Negara

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya menjadi mangsa kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila mahkamah memutuskan beliau bersalah berhubung kes liwat pembantu beliau, Mohd Saiful Bukhari baru-baru ini.
Menurut beliau, pembangkang seharusnya lebih rasional dalam hal ini memandangkan sepanjang perbicaraan yang melibatkan Ketua Pembangkang itu, baik dalam kes liwat dan sebagainya, ada keputusan yang memihak kepada beliau dan ada juga keputusan yang memihak kepada pihak kerajaan.
“Bila keputusan itu memihak kepada kerajaan, maka mereka mula melemparkan pelbagai kritikan dengan mendakwa bahawa sistem kehakiman di negara ini tidak adil. Tetapi apabila keputusan itu memihak kepadanya, mereka kata sistem kehakiman kita ini adil.
“Ini memperlihatkan sikap pembangkang yang berat sebelah di mana apa saja keputusan yang memihak kepada mereka, maka itu adalah keadilan. Manakala sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka, maka mereka cerca dan kritik mengatakan bahawa sistem kehakiman kita tidak adil. Ini membuktikan mereka tidak rasional,” tegasnya di sini hari ini.
anwar-sivaji-bos-boss-bertenang-saya-urus-semua-pembuli-kehakiman-mahkamah-malaysia
Tambah beliau lagi, Anwar seringkali mendakwa dirinya merupakan mangsa kezaliman dan ketidakadilan sedangkan hakikatnya, beliau bukanlah mangsa kezaliman sebaliknya merupakan pembuli kepada sistem kehakiman di negara ini.
“Contohnya dalam kes liwat beliau, berapa banyak kali beliau menangguhkan kes tersebut? Tindakan beliau menangguhkan kesnya itu secara sengaja bukan saja merupakan satu pembulian kepada sistem kehakiman negara, tetapi juga merupakan satu tindakan yang tidak adil kepada pihak yang mahukan keadilan.
“Jadi sekiranya Anwar mendakwa dirinya dizalimi dan ini merupakan satu konspirasi kononnya oleh kerajaan BN untuk menamatkan riwayat politik beliau, ini merupakan dakwaan yang tidak berpijak pada realiti.
“Rakyat boleh lihat, dalam keputusan mahkamah berhubung kes-kes yang dibabitkan dengan beliau, adakalanya beliau menang dan adakalanya keputusan berpihak kepada kerajaan. Ini membuktikan bahawa mahkamah tidak terikat dengan sesiapa dalam membuat keputusan,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta rakyat agar melihat perkara ini dengan fikiran yang rasional dan terbuka, di mana segala dakwaan Anwar yang mengatakan bahawa beliau dizalimi oleh kerajaan apabila disabitkan hukuman bersalah dalam kes liwat baru-baru ini merupakan satu lagu yang dikitar semula untuk didendangkan kepada rakyat.
Sementara itu, beliau turut meminta agar penulis mahupun individu yang aktif di laman sosial seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya agar tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan fakta-fakta yang tidak benar  yang semakin mengeruhkan keadaan.
“Saya minta kita semua rakyat Malaysia agar bersama-sama dan bersatu padu dalam berdoa dan menyokong kerajaan dalam usaha kita untuk mencari pesawat MH370 ini. Janganlah kita menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan pendapat yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa serta menggangu gugat kerja-kerja pencarian yang diusahakan oleh kerajaan hari ini,” jelasnya

No comments:

Post a Comment