Nuffnang Ads

Tuesday, 11 March 2014

Tentukan Kaedah Terbaik Beri Penerangan Mengenai GST

Kerajaan perlu menentukan kaedah terbaik dan berkesan dalam memberi penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April tahun depan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Baharu).
Beliau berkata ini bagi memastikan rakyat dan golongan peniaga benar-benar faham mengenai cukai itu dan impaknya kepada kehidupan seharian mereka.
“Bukan sahaja buat majlis penerangan tetapi kena tentukan kaedahnya  difahami, pendekatan penerangan perlu dipantau, barulah kita boleh tahu sama ada penerangan mudah difahami atau tidak,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Shahrir berkata kerajaan juga mungkin boleh membuat sesi penerangan yang berbeza khusus untuk golongan peniaga yang akan melaksanakan cukai itu terhadap barangan mereka.
“Bila maklumat daripada penerangan kepada ahli perniagaan disampaikan kepada pengguna atau pemimpin masyarakat, ia akan timbulkan salah faham dan cara penyampaiannya tidak berkesan, kita yang dengar pun tak faham,” katanya.
Beliau berkata bancian juga boleh dibuat untuk menentukan sama ada mereka yang diberi penerangan itu benar-benar jelas mengenai GST.
“Tanya (dalam) bancian adakah anda faham tentang soal GST, setelah diberi penerangan masih tidak faham juga, panggillah pegawai daerah atau ketua kampong yang dah dengar penerangan cuba terangkan balik,” katanya.
Persidangan Dewan bersambung esok.

No comments:

Post a Comment