Nuffnang Ads

Tuesday 18 March 2014

Jangan Heret Keputusan Mahkamah Ke Jalanan – Ahmad Maslan

Mana-Mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan mahkamah diingatkan agar tidak mengheret pertikaian mereka dengan mengadakan perhimpunan jalanan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pihak berkenaan seharusnya menyuarakan sebarang pertikaian pada saluran yang betul, iaitu dengan mengemukakan rayuan.
“Apabila hakim telah membuat keputusan bersalah, ini bererti kaedah seterusnya ialah ke Mahkamah Persekutuan, bukan ke jalanan.
ahmad-maslan-calon-bn-kajang-chew-mei-fun-kayuhan-basikal-turun-padang-walkabout
“Rakyat bukanlah hakim dalam kes jenayah yang dilakukan itu, jadi pada saya, apa yang mereka cuba lakukan hanya sekadar untuk mendapatkan publisiti murahan,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengulas pengumuman Anggota Parlimen Batu Tian Chua berhubung rancangan pakatan pembangkang mengadakan satu perhimpunan pada 21 Mac di Stadium Kajang sebagai bantahan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh.
Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas bagi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Empat hari kemudian Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan menghasut kerana mempersoal keputusan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

No comments:

Post a Comment