Nuffnang Ads

Thursday, 6 March 2014

MoU Air Jadi Kecoh: Mungkin Ada Pihak Dalam Pakatan Kempunan Kaut Untung?

Ada sesuatu yang belum selesai apabila kepimpinan pakatan pembangkang masih terus-terusan mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penjelasan berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor.
Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Haryaty Hamzah melihat bahawa kepimpinan pembangkang lain yang tidak sealiran dengan keputusan Menteri Besar Selangor adalah berasaskan kepada agenda politik atau kecewa untuk ambil kesempatan menangguk keuntungan.
“Keputusan Tan Sri Abdul Khalid yang melaksanakan MoU dengan kerajaan pusat menunjukkan kematangan beliau dalam pentadbiran iaitu mengutamakan kepentingan umum tanpa dipengaruhi oleh idealogi politik walaupun idealogi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak sama,” katanya.
rafizi-pengarah-strategi-pkr-anwar-ketawa-pakatan
Terang beliau, ini berbeza dengan kepimpinan dalam pakatan pembangkang khususnya PKR yang secara jelas melahirkan rasa kurang senang dan mempertikaikan keputusan terbabit.
Dilaporkan, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak tahu menahu berkaitan MoU berkaitan biarpun beliau adalah Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor, sementara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali mendesak agar Abdul Khalid memberikan penjelasan dan lebih teruk Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli pula dengan lantang menganggap MoU terbabit merugikan rakyat kerana berat sebelah serta tidak memberi faedah kepada rakyat Negeri Selangor.
“Pandangan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ini ada kaitan dengan agenda politik mereka sendiri, enggan mengakui kebolehan pentadbiran kerajaan pusat selain lebih cenderung untuk bermain dengan isu bagi mendapatkan populariti.
“Dalam politik, populariti amat penting apatah lagi dalam keadaan pembangkang untuk mengekalkan kerusi di DUN Kajang yang sebelum ini mereka anggap mudah namun malangnya sokongan rakyat di kawasan tersebut sedikit demi sedikit semakin terhakis dan sekarang lebih tertumpu kepada BN.”
Ujar beliau, langkah kerajaan melaksanakan persefahaman dengan kerajaan Negeri Selangor dalam keadaan mereka berdepan krisis air adalah bukti bahawa kepimpinan BN amat prihatin dan tidak bersifat angkuh.
“Perkara ini enggan diakui oleh pemimpin pakatan pembangkang biarpun antara kandungan MoU itu lebih tertumpu kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 lagi.”
Difahamkan, MoU ini antara lain melibatkan penstrukturan semula industri air Selangor dengan lebih tertumpu pada usaha memastikan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dapat dilaksanakan, yang akan melibatkan perkara penting seperti tarikh mula kerja, pengambilan lebih 75 keping tanah dan pelantikan kontraktor.
“Atau barangkali ada agenda lain tersembunyi apatah lagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan melibatkan sejumlah dana yang besar untuk dimulakan namun dengan adanya MoU terbabit maka kemungkinan antara kepimpinan pakatan pembangkang ini tidak akan mendapat untung?” soal beliau.
Ujar beliau lagi, kecenderungan kepimpinan pembangkang lebih tertumpu kepada agenda peribadi, antara kuasa, pangkat dan kedudukan tanpa melihat kepada keperluan keseluruhan rakyat sebagaimana menjadi fokus dalam MoU yang dibuat.
“Sudahlah sekarang ini akan berdepan dengan PRK Kajang dan kemudiannya pemilihan dalam parti terbabit akan tiba, ditambah pula Tan Sri Abdul Khalid telah mengesahkan untuk bertanding maka ini adalah satu peluang kepada mana-mana pihak untuk jadikan isu MoUsebagai bahan dalam meraih sokongan perwakilan kelak.”
Dilaporkan juga, MoU tersebut akan memberi kesan kepada pelaksanaan penstrukturan semula industri air di Selangor yang menjadi satu keperluan bagi meningkatkan keberkesanannya dengan mengambil kira perkhidmatan yang lebih mapan dan efisyen termasuklah usaha meringankan beban rakyat yang terkesan daripada krisis air sebagaimana sekarang ini.
Melalui MoU itu, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Langat 2 dan sistem agihannya berkuat kuasa pada hari sama MoU dicapai dan kerajaan negeri dibenarkan mengemukakan tawaran untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd., Syabas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) serta Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABASS). 

No comments:

Post a Comment