"Kami melihat rakaman semula radar tentera dan mendapati ada plot (titik) yang belum dipastikan dan bukannya sah (belum tahu sama ada) pesawat MH370,” kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, mengenai kehadiran satu pesawat tidak dikenali 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang pada pagi kehilangan pesawat MAS, Sabtu lalu.
Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial.
“Radar tentera tidak menunjukkan nama pesawat tetapi plot (pesawat) yang tidak dikenal pasti,” kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentera sedang menganalisis semua maklumat berhubung kejadian.
Beliau berkata, tindakan memperluaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dilaksanakan lebih awal berikutan pihaknya memerlukan kesahihan dengan membandingkan rekod radar penerbangan awam.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjelaskan terdapat perbezaan antara radar utama dan radar kedua.
Katanya, radar utama bagi mengesan plot sahaja dan ia tidak memberikan identiti pesawat manakala radar kedua boleh berkomunikasi dengan pesawat itu yang bermaksud boleh tahu semua maklumat pesawat boleh diketahui termasuk kedudukan, ketinggian dan jenis kapal terbang.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, gerakan SAR diperluaskan hingga 25,000 batu nautika ke Laut Andaman membabitkan 12 negara dengan penyertaan terbaru Jepun, India dan Brunei.
Beliau berkata, peluasan kawasan dari Laut China Selatan dan Selat Melaka itu berikutan wujud kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik.
No comments:
Post a Comment