Nuffnang Ads

Thursday, 6 March 2014

Umpamakan Anwar Yang Hadapi Kes Liwat Dengan Nabi Musa Keterlaluan

Perumpamaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Firaun dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ubah seperti Nabi Musa yang dilebelkan oleh bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Razali Nawawi amat keterlaluan yang boleh mengelirukan pemikiran umat Islam terutama golongan muda.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee walaupun sekadar perumpamaan tetapi di dalam Islam  dilarang keras menyamakan manusia biasa dengan taraf kenabian atau kerasulan yang dipilih oleh Allah S.W.T.
Katanya, gambaran Dr Mahathir sebagai Firaun berikutan dakwaan kekejaman poltik yang dilakukan ke atas Anwar mungkin boleh diterima oleh sesetengah pihak tetapi bukannya tertalu taksub dengan perumpamaan sebagai Nabi Musa.
tmi-themalaysianinsider-mahathir-firaun-anwar-nabi-musa-melampau
“Anwar bukan maksum, manusia biasa yang terjebak dengan kes moral yang menjijikkan, apakah ini ciri-ciri yang boleh dibuat persamaan dengan Nabi Musa ?, soal beliau.
Lagipun tegas Syed Ali, perjuangan Anwar berpandukan kepada kepentingan politik dalam memburu impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan Nabi Musa berjuang  membawa syariat dan ajaran agama untuk kesejahteraan umatnya pada ketika itu.
“Walaupun bekas pemimpin Abim itu cuba menggambarkan kebencian melampau terhadap bekas Perrdana Menteri dan meletakkan Anwar, yang sedang berdepan dengan kes liwat tidak ubah sebagai Nabi Musa, perbuatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku”, katanya dalam enrti terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Beliau kesal kerana pembangkang berterusan menyemarakkan rasa benci rakyat terhadap  Tun Dr Mahathir dengan mengaitkan dengan isu kekejaman politik terhadap Anwar sehingga dipecat daripada UMNO pada tahun 1998.
Syed Ali berkata, sebagai seorang pemimpin pertubuhan Islam yang sedikit masa dahulu amat berpengaruh, Dr Razali tidak sepatutnya membuat perbandingan sedemikian rupa kerana dikhuatri boleh menjejaskan akidah umat Islam..
Katanya, belum ada ada lagi mana-mana pemimpin politik di negara ini yang dibuat perumpamaan sebagai seorang Nabi atau Rasul dan ini satu perbuatan mengelirukan.
Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam menyiasat dakwaan yang dibuat oleh bekas presiden Abim itu, ketika berceramah di Taman Puncak Saujana, Kajang, baru-baru ini.
Dalam ceramah kempen politik bagi PRK DUN Kajang, Dr Razali seperti yang dilaporkan oleh portal beritathemalaysiainsider hari ini (Selasa) bahawa penderitaan dialami Anwar akibat kekejaman Dr Mahathir tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana.
Bekas presiden pertama Abim itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq.
“Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat Nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq.
“Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya,” uajr Dr Razali lagi.
Mengulas lanjut, Syed Ali menegaskan tuduhan kononnya Anwar difitnah dan menjadi mangsa akibat kekejaman politik Dr Mahathir adalah tidak berasas sama sekali dan dilihat cuba menegakkan benang yang basah.
Katanya, sudah menjadi kelaziman pembangkang dan mereka yang memusuhi pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan melemparkan pelbagai tuduhan dan andaian bagi menyemarakkan kebencian rakyat terhadap parti pemerintah.
“Tuduhan Anwar dizalimi oleh Dr Mahathir sudah berulang kali diungkitkan pembangkang, tetapi inilah pertama kali pula Anwar diberikan perumpamaan seperti Nabi Musa, ini perbuatan melampau dan bertentangan  dengan ajaran Islam,” tegasnya.
Sehubungan itu, belain menasihatkan pemimpin pembangkang jangan memutarbelitkan ajaran Islam untuk kepentingan agenda politik sehingga boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Islam khususnya.
“Berkempenlah secara sihat dan bertamadun, tak perlu untuk mendewa-dewan Anwar sehingga tarafnya diumpamakan dengan Nabi, ini susdah terkeluar dearipada syariat Islam,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment