Nuffnang Ads

Thursday, 13 March 2014

MH370: Kemanakah arah pesawat sekiranya berpatah balik?

Bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpendapat jika sesuatu penerbangan berpatah balik dan menuju ke tempat yang tidak selamat ia menimbulkan tanda tanya.

Nik Ahmad Huzlan berkata dalam kes kehilangan pesawat MH370 milik MAS itu, ia menimbulkan banyak persoalan ke mana hala tuju penerbangan tersebut.

Katanya, jika pesawat itu berpatah balik dan mahu kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akan ada radar di Selat Melaka yang dapat mengesannya.

"Kalau dia pusing ke bawah pun ada radar di kawasan Selat Melaka, di Singapura, kalau dia pusing ke atas juga akan ada radar di kawasan Thailand," katanya.

No comments:

Post a Comment