Nuffnang Ads

Thursday, 13 March 2014

MH370: PDRM dan Interpol tumpu siasat penumpang lelaki etnik Uyghur

Latar belakang lelaki etnik Uyghur yang menaiki penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) menjadi tumpuan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa Interpol berbanding penumpang lain.

Harian Metro melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami masih melakukan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan tumpuan siasatan lebih kepada lelaki Uyghur berusia 35 tahun yang merupakan pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti di Turki kerana kepakaran yang dimiliki.

Lelaki yang disiasat itu berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom mempunyai kepakaran dalam bidangnya dan pernah membuat kajian simulasi penerbangan.

Siasatan itu juga dibuat kerana kerajaan tidak menolak unsur keganasan sebagai salah satu sebab kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment