Nuffnang Ads

Monday, 30 December 2013

Kerjasama Tiga Pihak Lahirkan Graduan Penuhi Pasaran Pekerjaan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerjasama erat antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT), bakal majikan serta pelajar mampu melahirkan graduan yang berkeupayaan bagi memenuhi pasaran pekerjaan.
najib-ipt-mahasiswa-graduan-peluang-pekerjaan-malaysia
Perdana menteri berkata selain meningkatkan kualiti pendidikan, kerjasama itu adalah penting untuk memperkasa graduan, dalam bidang yang bakal diceburi.
“Saya percaya bahawa pemerkasaan modal insan adalah intipati penting dalam agenda pembangunan negara,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Dalam usaha melahirkan graduan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran, kerajaan telah melaksanakan beberapa usaha, antaranya membangunkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah dan Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan yang diajar di semua IPTA.
Siswazah yang sudah tamat pengajian juga diberikan peluang mengikuti program latihan khusus dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak industri seperti Khazanah Nasional Berhad, Multimedia Development Corporation (MDEC), Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat tempatan lain.
Selain itu, Program Penjodohan Siswazah turut dijalankan dengan industri melalui kerjasama dengan syarikat tempatan yang mencari dan menempatkan siswazah di industri yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment