Nuffnang Ads

Monday, 30 December 2013

NGO BANTAH PERHIMPUNAN HARAM


NGO bantah himpunan haram

Penganjuran perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini terus dibantah.

Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Bagan Datoh, Teluk Intan dan Pasir Salak serta beberapa NGO antaranya, Suara Anak Muda 1Malaysia, Belia 4B Ipoh Barat, Gabungan Kelab Kereta Negeri membuat laporan polis.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi menyifatkan dalang perhimpunan itu sebagai pengganas.

Katanya, perhimpunan yang membawa ancaman kepada negara adalah satu pemberontakan sama seperti modus operasi pengganas di Lahad Datu, Mac lalu.

“Kami menggesa polis menangkap serta menghalang dalang-dalang perhimpunan demi majoriti rakyat yang cintakan keamanan.

“Tindakan mereka menimbulkan kurang senang dalam kalangan rakyat. Polis perlu menyiasat mengikut akta sama seperti pengganas yang melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Teluk Intan, Zamanhuri Yaakob berkata, laporan polis dibuat bagi menggesa pihak terlibat menghalang perhimpunan haram itu.

“Penganjur menggunakan bantahan ini sebagai provokasi mewujudkan 'Arab Spring' atau 'Thai Spring' di negara ini. Ini setelah mereka gagal merampas kuasa pada pilihan raya lalu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, kelmarin.

Ketua Pemuda Bahagian Umno Pasir Salak, Dr Faizal Tajuddin berkata, perhimpunan yang ingin diadakan itu  akan mencemarkan nama baik negara.

"Sektor ekonomi dan pelancongan akan terjejas kerana pelabur serta pelancong takut ke negara ini. Kami minta polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap penganjur," katanya.

No comments:

Post a Comment